PETALING JAYA: Polis dijangka menahan Pengerusi MyWatch, Datuk Sri
Sanjeevan Ramakrishnan atas dakwaan baru berhubung peras ugut hari ini.
Menurut Mohan, adiknya masih dirawat di Hospital Seremban sejak Khamis
lalu selepas mengalami “sakit dada ringan dan sakit teruk di tangan
kanannya.”
“Reman lima hari itu sepatutnya tamat hari ini dan kami jangka dia sama ada didakwa atau dibebaskan.
“Bagaimanapun, pegawai penyiasat (yang ditugas mengendalikan kes itu)
tidak dapat dihubungi apabila peguam kami cuba menghubungi beliau
beberapa kali bagi mendapatkan perkembangan terkini,” kata Mohan kepada
FMT.
Tambahnya, polis hanya “soal siasat” Sanjeevan kira-kira 20 minit sepanjang lima hari ini.
Kini, keluarganya diberitahu Sanjeevan akan ditahan dan direman semula
hari ini atas pertuduhan lain yang dipercayai peras ugut.
Mohan berkata, keluarganya percaya ini adalah konspirasi polis untuk menutup mulut Sanjeevan daripada terus membuat pendedahan.
Sanjeevan, 32, ditahan Rabu lalu susulan aduan seorang pemilik
perniagaan judi haram yang mendakwa menerima panggilan Pengerusi MyWatch
itu meminta wang “perlindungan” sebanyak RM25,000.
Sanjeevan didakwa mengugut akan mendedahkan urus niaga pengadu itu
dalam Facebook kepada media atau polis, jika dia gagal membayar wang
perlindungan itu.
Polis kemudiannya memasang “perangkap” susulan aduan itu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar turut mendedahkan tiga
lagi individu tampil mendedahkan mereka diperas ugut Sanjeevan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan