Rabu, 22 Jun 2016

JAIS: Lapan ditahan tak puasa, 46 arahan beredar dikeluarkan

OLEH : NAZLI IBRAHIM


SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kesal apabila masih terdapat segelintir umat Islam tidak menghormati Ramadan dengan melakukan kemungkaran apabila sengaja tidak berpuasa.

Pengarah JAIS, Datuk Haris Kasim, berkata hal ini berikutan, sehingga 20 Jun lalu seramai 8 ditahan dan sebanyak 46 arahan beredar turut dikeluarkan pada operasi tidak menghormati Ramadan dijalankan Bahagian Pengurusan Penguatkuasaan JAIS.

JAIS-BANGUNAN


“Ini membuktikan kepada kita bahawa daya ketahanan umat Islam masih lemah dan seharusnya kehadiran Ramadan merupakan waktu tepat memperkukuhkan iman dan akidah serta mengembalikan semula daya ketahanan umat Islam,” kata Haris.

Haris berkata demikian pada Majlis Berbuka Puasa DYMM Sultan Selangor Bersama Rakyat dan Penyampaian Sumbangan Hari Raya Serta Perasmian Masjid di Seksyen 7 sini, semalam.

Katanya lagi, JAIS turut ingin mengambil kesempatan menasihati peniaga makanan supaya memainkan peranan dengan mematuhi waktu jualan dibenarkan dan akur terhadap semua peraturan ditetapkan.
EZY


Tiada ulasan: