KUALA SELANGOR: Op Selamat 9/2016 akan bermula esok sehingga 13 Julai
ini bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, minggu depan.
Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Datuk
Acryl Sani Abdullah Sani berkata, operasi yang berlangsung selama 15
hari itu bertujuan memberi kesedaran dan menanam nilai-nilai murni
kepada pengguna jalan raya supaya sentiasa mengutamakan aspek
keselamatan semasa memandu.
Menurutnya, operasi itu juga untuk melancarkan pergerakan lalu lintas
dan mengurangkan kadar kemalangan serta kematian pada tahap minimum
selain memberi tumpuan kepada penurunan kadar jenayah pecah rumah semasa
musim perayaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan