GEORGETOWN: Pendakwaan terhadap Ketua Menteri, Lim Guan Eng pagi ini
berhubung dua tuduhan rasuah, dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Pulau
Pinang.
Perkara itu diputuskan, Hakim Mahkamah Sesyen, Roslan Hamid sejurus
selepas pihak pendakwaan yang diketuai Peguam Negara, Tan Sri Mohamad
Apandi Ali membuat permohonan berkenaan.
Terdahulu, prosiding mahkamah bermula pada jam 10.30 pagi tadi.
Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP, dijangka berhadapan dua tuduhan rasuah.
Pertuduhan pertama adalah berkaitan dengan dakwaan beliau menyeleweng
kuasa bersabit permohonan menukar status sebidang tanah daripada
pertanian kepada komersial.
Satu lagi tuduhan terhadap Guan Eng adalah berhubung tindakannya
membeli sebuah banglo daripada seorang ahli perniagaan wanita di bawah
harga pasaran.
Guan Eng dijangka dituduh di bawah dua akta berasingan iaitu Seksyen 23
Akta Pencegahan Rasuah dan dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa
hukuman penjara jika disabit kesalahan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan