GEORGTOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng akan didakwa di
Mahkamah Sesyen esok atas dua tuduhan rasuah termasuk pembelian sebuah
banglo di bawah harga pasaran.
Setiausaha Agung DAP itu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM) petang tadi dan dibawa ke ibu pejabat SPRM Pulau Pinang.
Perkara itu disahkan oleh bapanya yang juga Penasihat DAP, Lim Kit Siang menerusi Twitter.
Guan
Eng akan didakwa mengikut Seksyen 23 Akta Pencegahan Rasuah dan dan
Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara jika disabit
kesalahan.
Pertuduhan pertama adalah berkaitan dengan dakwaan beliau menyeleweng
kuasa bersabit permohonan menukar status sebidang tanah daripada
pertanian kepada komersial.
Satu lagi tuduhan terhadap Guan Eng adalah berhubung tindakannya
membeli sebuah banglo daripada seorang ahli perniagaan wanita di bawah
harga pasaran.
Ahli perniagaan berkenaan Phang Li Khoon, yang menjual rumah di Jalan
Pinhorn pada harga RM2.8 juta kepada Guan Eng tahun lalu.
Beberapa pihak sebelum ini mendakwa banglo itu mempunyai nilai pasaran sehingga RM5 juta apabila dijual kepada Guan Eng.
Phang dilaporkan turut di tahan SPRM petang tadi untuk dihadapkan ke mahkamah.
Kontroversi banglo dan isu tanah itu tercetus pada 4 Mac lalu apabila
Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahya mendakwa Guan Eng
membeli sebuah banglo jauh di bawah harga pasaran.
Beliau meminta siasatan di jalankan untuk menentukan samada pembelian
itu berkait dengan penjualan tanah kerajaan negeri di Taman Manggis
kepada sebuah syarikat swasta.
Phang di katakan adalah rakan niaga pemilik utama saham syarikat yang
membeli tanah di Taman Manggis itu daripada kerajaan negeri pimpinan
Guan Eng.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan