Sabtu, 18 Jun 2016

Saiful Apek bantu Pas di Kuala Kangsar

Syaiful Apek bantu Pas di Kuala Kangsar
Syaiful ditemui media ketika berada di Kuala Kangsar. – Foto Sinar Harian oleh SHAIFUDIN ABDUL RAHIM
‎KUALA KANGSAR - "Saya  berbesar hati kerana dapat turun padang sekali dan saya lihat betapa jinaknya mereka tengok saya ini mungkin kerana terlalu  hendak berjumpa dengan saya".

Demikian reaksi pelawak tanah air, Saiful Apek atau nama sebenarnya Mohd. Saifulazam Mohamed Yusoff ketika ditanya kehadiran beliau bersama Ahli Parlimen Pasir Mas Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz bagi membantu kempen Pas di Bazar Ramadan Arena Square Kuala Kangsar hari ini.

Dalam pada itu, Saiful berkata beliau berbesar hati kerana dapat bersama Nik Abduh berkempen untuk Pas.

"Insya-ALLAH kemenangan akan berpihak kepada kita," katanya kepada pemberita hari ini.

Esok (Sabtu) merupakan hari mengundi bagi Parlimen Kuala Kangsar.

Tiada ulasan: