Selasa, 7 Jun 2016

Budak tiga tahun cedera kemaluan tersepit eskalator

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
BAGAN SERAI: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun cedera pada bahagian kemaluan akibat tersepit di eskalator di sebuah pasar raya di sini, Isnin malam.
 
Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Bagan Serai, Nasir Wahab berkata, dalam kejadian pada pukul 8.16 malam itu, mangsa berkenaan dipercayai duduk di atas eskalator berkenaan.
 
Katanya, semasa kejadian kanak-kanak tersebut bersama ayahnya sedang menaiki eskalator berkenaan untuk ke bahagian permainan yang terletak di di aras tiga premis berkenaan. 
 
"Sepasukan lapan anggota bomba dari balai Bagan Serai bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan daripada kakitangan pasar raya berkenaan.
 
"Sebaik sampai, eskalator berkenaan telah diberhentikan oleh pihak pengurusan tetapi kanak-kanak itu masih duduk di tangga kerana seluarnya tersepit," katanya kepada Bernama.
 
Menurut, beliau operasi menyelamatkan kanak-kanak itu tamat pada pukul 8.50 malam dan mangsa dibawa ke Hospital Taiping untuk rawatan lanjut. 
 
 

Tiada ulasan: