THE RAKYAT POST
Putrajaya tunggu jawapan diskusi ilmiah Dr Asri, Zamihan.
KANGAR, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk
Seri Shahidan Kassim mencadangkan supaya diadakan satu program
perbincangan ilmiah mengenai isu perbezaan fahaman agama.
Beliau berkata ia bagi memberi input yang
jelas kepada semua pihak agar tidak keliru dengan kenyataan berkaitan
fahaman agama yang sering dilontarkan di media sosial mahupun ceramah di
dalam majlis ilmu.
“Saya sudah cadangkan wacana ilmu
berhubung isu ini pada Rabu depan. Saya amat berharap Presiden Aswaja
(Ahli Sunnah Waljamaah Malaysia) Ustaz Zamihan Mat Zain menerima tarikh
tersebut dan menjadi ahli panel pada diskusi itu nanti bersama-sama
dengan Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin,” katanya
ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Shahidan berkata demikian ketika diminta
mengulas kenyataan dikeluarkan Zamihan yang mendakwa Mohd Asri telah
menfitnahnya sebagai pelampau agama yang mencerca individu lain
disebabkan perbezaan pandangan dalam Islam.
Beliau
berkata sebagai penganjur wacana itu, surat undangan sebagai ahli panel
program berkenaan telah dihantar kepada kedua-dua pihak dan dicadangkan
diadakan di Auditorium Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di
Putrajaya.
Shahidan berkata pihaknya sedang menunggu
jawapan kedua-dua pihak sama ada bersetuju atau tidak untuk hadir pada
program wacana itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan