Isnin, 1 Februari 2016

MCA berkrisis lagi?

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM:  MCA dilapor berkemungkinan menghadapi krisis kepimpinan baru berikutan cubaan sesetengah pihak untuk menjatuhkan presidennya Datuk Seri Liow Tiong Lai.
 
Sekumpulan ahli parti dilaporkan cuba mendapatkan sokongan untuk memanggil mesyuarat agung tergempar (EGM) bagi meluluskan usul tidak percaya terhadap Liow, lapor akhbar Malay Mail.
 
Perlembagaan MCA menetapkan EGM itu boleh diadakan jika usul berkenaan mempunyai sokongan sepertiga daripada 2,400 perwakilan parti.
 
Menurut laporan itu,  angka sokongan itu boleh dicapai berasaskan jumlah perwakilan yang tidak menyokong Liow pada pemilihan parti Disember 2013.
 
Jika EGM itu menjadi kenyataan, ia akan mengheret MCA kembali ke zaman krisis  yang menyaksikan parti itu hanya mampu memenangi tujuh kerusi Parlimen dan 11 kerusi DUN pada pilihan raya umum ke 13.
 
Kumpulan anti-Liow dilaporkan mahu EGM itu diadakan awal bulan depan.
 
Liow di pilih presiden dengan majoriti 186 undi untuk mengalahkan Gan Peng Sieu dan Datuk Seri Ong Tee Keat pada pemilihan parti sebelum ini.
 
Bekas presiden MCA Dr Chua Soi Lek tidak menyertai pemilhan itu namun beliau di katakan masih mempunyai pengaruh kuat di dalam parti itu.
 
Anak Chua, Datuk Chua Tee Yong adalah Naib Presiden MCA dan Timbalan Menteri Kewangan
 
Pada tahun 2009, Tee Yong dan penyokong beliau berjaya  memaksa MCA mengadakan EGM untuk meluluskan undi tidak percaya terhadap Tee Keat yang presiden MCA ketika itu.
 
Sebuah krisis kepimpinan akan meninggalkan kesan mendalam ke atas MCA, sekali gus menjejaskan harapan parti itu untuk bangkit daripada kekalahan teruk yang di alami pada PRU 13.
 
 

Tiada ulasan: