Selasa, 2 Februari 2016

Kementerian Kesihatan keluar garis panduan virus Zika

ANTARAPOS.COM




Post Pic
 
 
SEREMBAN: Kementerian Kesihatan akan mengeluarkan garis panduan bagi mencegah penularan virus Zika minggu ini.
 
Menterinya, Datuk Seri Dr S Subramaniam, berkata garis panduan itu perlu diikuti oleh orang ramai bagi mengelak penularan virus itu dengan lebih cepat.
 
Katanya, penyakit itu amat berbahaya kerana nyamuk pembawa virus berkenaan, iaitu aedes sememangnya wujud di negara ini.
 
"Penyakit itu tiada simpton dan tiada vaksin. Oleh itu, kerajaan mengambil serius usaha menangani penyakit ini dengan mengeluarkan garis panduan ini dalam tempoh dua atau tiga hari lagi," katanya.
 
Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Kesedaran Kalori di Hentian Rehat dan Rawat Seremban di sini, hari ini.
 
Yang turut hadir, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof. Subramaniam turut menasihati orang ramai supaya tidak mengunjungi Amerika Selatan bagi mengelak dijangkiti penyakit itu.
 
 

Tiada ulasan: