Selasa, 15 Disember 2015

UM hanya menaiktaraf WiFi, bukan hadkan pengunaan

 
Tiada kuota yang dikenakan bagi pengunaan WiFi di kampus kerana ‘bandwidth’ 5GB ini sebenarnya dinaik taraf daripada 3GB untuk kemudahan pelajar.


UM


KUALA LUMPUR: Akses internet bagi pelajar Universiti Malaya tidak pernah dihadkan malah penggunaanya dinaik taraf daripada 3 gigabit (GB) sebelum ini kepada 5 GB sebulan setiap pelajar.

Naib Canselor Universiti Malaya (UM), Prof Dr Mohd Amin Jalaludin berkata demikian sekali gus menafikan laporan bahawa pusat pengajian tertua negara itu mengehadkan akses internet di samping dakwaan bahawa caj tambahan akan dikenakan jika penggunaan melebihi kuota.

“Tiada kuota yang dikenakan bagi pengunaan WiFi di kampus kerana ‘bandwidth’ 5GB ini sebenarnya dinaik taraf daripada 3GB untuk kemudahan pelajar.

“Malah, peningkatan kepada 5GB ini merupakan akses ‘bandwidth’ terbesar dalam kalangan semua IPTA.

“Pelajar juga tidak akan dikenakan sebarang caj bagi penggunaan melebihi kuota dan keputusan berhubung soal itu tidak akan dibuat tanpa dialog dengan wakil pelajar,” katanya.

Beliau mengulas kecaman Persatuan Belia UM (Umany) dan Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM) yang mendakwa menerima maklumat bahawa setiap pelajar akan dikenakan kuota hanya 5GB untuk setiap bulan bermula Mac 2016.

Menjawab tuduhan bahawa UM memotong peruntukan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) mereka, Naib Canselor itu berkata, UM merupakan salah sebuah institusi dengan kemudahan ICT terbaik di Malaysia.

“Malah, kami menambahkan perbelanjaan dalam aspek ICT dan pelajar.

“Kini kami ingin memantau penggunaan internet oleh individu, bukannya mengehadkan penggunaan,” tegasnya lagi

Tiada ulasan: