A AZIM IDRIS
Gambar TF-ARN, apabila ia
dikendalikan MASKargo, menurut satu video yang dimuat naik ke YouTube
oleh pengguna sray9902 pada 2009.
KUALA LUMPUR, Kes tiga pesawat komersial jumbo yang ditinggalkan di ruang parkir Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menimbulkan pelbagai tanda tanya, termasuk di kalangan pakar penerbangan.
Menurut seorang individu dalam industri
itu yang enggan dikenali, nasib pesawat pengangkut bernilai jutaan dolar
itu tersadai mungkin disebabkan salah urus tadbir, walaupun pemiliknya
masih belum dapat dikenal pasti.
“Saya tidak dapat bayangkan mana-mana
pemilik pesawat komersial sanggup meninggalkan dan membiarkannya
tersadai selepas membelinya, kerana ia tidak masuk akal,” katanya ketika
dihubungi hari ini.
Jelasnya, walaupun pesawat itu telah
bertukar tangan dan mengalami susut nilai selepas tersadai di KLIA,
pemiliknya masih boleh mengambil langkah menjualnya mengikut
bahagian-bahagian pesawat berkenaan.
Tambahnya,
harga untuk enjin sahaja boleh mencecah AS$1.5 juta hingga AS$2 juta
setiap satu, manakala keseluruhan pesawat itu bernilai antara AS$7 juta
dan AS$10 juta, bergantung kepada keadaan pesawat tersebut.
Mengenai operator KLIA, iaitu Malaysia
Airports Holdings Berhad (MAHB) tidak berjaya menghubungi pemilik
terakhir, ‘pakar’ berkenaan menegaskan, ia tidak menghairankan sama
sekali.
“Mereka mungkin tidak tahu ia milik siapa
dan saya tidak bersetuju dengan mereka, kerana ia bukan keperluan
mereka untuk tahu pihak yang dapat menggunakan ruang parkir berkenaan
dan apabila mereka tidak bayar, maka MAHB perlu ambil tindakan,”
katanya.
Pengarah Urusan MAHB, Datuk Badlisham Ghazali yang dipetik Bernama berkata, proses mengesan pemilik dan meminta pemiliknya mengambil pesawat itu mengikut undang-undang sedia ada, rumit.
Ujarnya lagi, untuk mengesan pemiliknya
sebenar adalah sukar, kerana pesawat itu boleh bertukar tangan beberapa
kali dan kadang-kadang ia dihantar ke Malaysia untuk pembaikan.
Berikutan kegagalan mengesan pemilik tiga
pesawat Boeing 747-200F itu, Malaysia Airports (Sepang) Sdn Bhd telah
mengeluarkan notis di akhbar The Star semalam, yang memaparkan gambar pesawat dan meminta pemilik menuntut pesawat itu dalam tempoh 14 hari.
Nombor model “F” di pesawat berkenaan
‘menunjukkan tiga adalah model kapal pengangkut Boeing 747-200 yang
biasa digunakan untuk kargo.
Nombor pendaftaran tiga pesawat komersial itu adalah TF-ARM, TF-ARN and TF-ARH.
2 ulasan:
TFtail sign owner Air Atlanta based in Iceland. Senua org tahu sbb MH guna utk Freighter Dry Leased dan SV guna ACMI Wet Leased. MAHB, MH takkan x tahu owner? Bangangnya
TFtail sign owner Air Atlanta based in Iceland. Senua org tahu sbb MH guna utk Freighter Dry Leased dan SV guna ACMI Wet Leased. MAHB, MH takkan x tahu owner? Bangangnya
Catat Ulasan