Selasa, 8 Disember 2015

PKR tegas tetap teruskan kerjasma dengan PAS

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali mengulangi pendirian parti itu akan tetap meneruskan kerjasama dengan PAS walaupun Parti Amanah Negara (Amanah) menolak kerjasama dengan PAS.
 
Menteri besar Selangor itu berkata, PKR menyambut baik penyertaan Amanah dalam Pakatan Harapan tetapi menegaskan PKR akan tetap meneruskan tahaluf siyasi dengan PAS seperti mana yang diputuskan pucuk kepimpinan parti.
 
"Kita mengikut ketetapan Majlis Kepimpinan Pusat PKR pada 11 Oktober lalu iaitu mengukuhkan Pakatan Harapan serta meneruskan kerjasama dan tahaluf siyasi dengan PAS.
 
"Sekiranya Amanah tidak mahu ada dua gabungan pakatan (pembangkang) dan menolak (untuk bekerjasama dengan) PAS itu adalah keputusan mereka," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan jabatan kerajaan negeri di Shah Alam, hari ini.
 
Azmin berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad yang menolak dua gabungan pembangkang bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
 
Khalid dalam satu sidang media semalam berkata tidak perlu dua pakatan pembangkang berikutan tertubuhnya Pakatan Harapan.
 
Naib Presiden PKR Chua Tian Chang sebelum ini membayangkan dua pakatan pembangkang akan bertanding pada PRU 14 memandangkan PAS enggan menyertai Pakatan Harapan yang dianggotai DAP, PKR dan Amanah.
 
 

Tiada ulasan: