Selasa, 8 Disember 2015

Pemimpin Umno BN 'takut' serang pembangkang

Oleh Nur Atiqah Abd Samad

 
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Pemimpin Umno Barisan Nasional (BN) dilihat takut untuk menyerang pembangkang dalam apa jua isu ekoran risau tindakan mereka kelak, memakan diri. 
 
Menurut bekas Anggota Exco Pemudanya Tun Faisal Ismail Aziz, jika seseorang pemimpin Umbo BN memilih untuk menyerang pembangkang, individu itu terlebih dahulu perlu pastikan partinya bersedia untuk menjadi bentang serta menyokong tindakannya itu.
 
Namun, keadaan itu hampir mustahil apabila Umno sendiri kini bergelut dalam beberapa isu baik di peringkat parti mahupun nasional. 
 
"Satu pasukan tentera nak serang lawannya, dia boleh serang menggunakan 100% kekuatan dengan syarat dalam kem dia sendiri tiada masalah. 
 
"Umno nampak gagal untuk memanfaatkan kelemahan ini sebab dalam Umno sendiri masih ada konflik yang perlu diselesaikan. Memang ada gerakan untuk menyerang tapi tak boleh 100% atau terhenti sebab kerana terpaksa balik kepada kubu dan lihat masalah," katanya kepada Antarapos.
 
Justeru Tun Faisal mahu Umno memperbaiki kelemahan sebelum boleh menyerang pembangkang supaya tiada isu berbangkit kelak.  
 
"Inilah masalah bila ada pihak yang membangkitkan perkara bertentangan dengan kepimpinan parti. Akhirnya serangan tak jadi fokus walaupun kelemahan pembangkang tu nyata. Umno tak boleh digerakkan secara efektif dan sepenuhnya untuk ambil kesempatan," jelas beliau.   
 
Umno dilihat mengamalkan sikap lebih berdiam diri berbanding melakukan serangan balas terhadap isu yang dilemparkan pembangkang.
 
Namun tindakan itu mengundang persepsi negatif kepada pengundi dan penyokong mereka terhadap parti Melayu itu sehingga menjejaskan kredibiliti. 
 
Ketika ditanya mengenai sokongan terhadap Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak, Tun Faisal memberitahu walaupun ada ahli Umno yang menentang kepimpinan Najib tetapi ia tidak menjejaskan kredibiliti Perdana Menteri itu.
 
"Sebelum ni banyak kritikan terhadap DS Najib tapi sekarang banyak perkara yang dah dijelaskan sebab itu diperingkat bahagian memberi majoriti sokongan. 
 
"Mungkin ada beberapa cawangan menyatakan tentangan kepada Najib untuk letak jawatan, tapi itu di peringkat cawangan tapi di peringkat bahagian lebih daripada 150 bahagian yang beri sokongan. Dalam usul tidak ada yang menolak kepimpinan Najib," katanya. 


Tiada ulasan: