KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines Berhad (MAB) hari ini mengesahkan
bahawa pesawat MH742 miliknya yang berlepas ke Yangon, Myanmar dari
Lapangan Terbangan Kuala Lumpur (KLIA) pada 1.59 petang tadi, terpaksa
membuat pusingan balik ke lapangan terbang berkenaan.
Menurut MAB dalam satu kenyataan, pesawat berkenaan disahkan selamat mendarat di KLIA pada 3.45 petang tadi.
Punca pesawat itu berpatah balik bagaimanapun tidak dimaklumkan.
Penerbangan MH742 yang beroperasi menggunakan pesawat B737-800 itu
sepatutnya mendarat di Yangon pada 3.05 petang hari yang sama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan