Isnin, 7 Disember 2015

Apa yang baharu di akhbar kami?


Apa yang baharu di akhbar kami?


SHAH ALAM – Mulai hari ini, setiap Edisi Cetak Sinar Harian akan memuatkan sebuah kolum pojok.
Setiap Edisi akan memperkenalkan watak fiktif masing-masing.

Edisi Utara memperkenalkan watak Pak Chat, Edisi Perak dengan Wan Lebo, Edisi Selangor/Wilayah Persekutuan pula dengan Man Sojar, Edisi Negeri Sembilan/Melaka, Mat Deris; Edisi Johor, Wak Kasan; Edisi Pahang, Tok Aki; Edisi Terengganu, Ayah Ngah dan Edisi Kelantan pula dengan watak Abe Li.

Watak-watak ini akan mengulas, mencadang atau mengkritik pelbagai isu semasa khususnya yang berkaitan dengan wilayah edisi masing-masing.

Anda yang membaca Edisi Sinar Harian Online juga berpeluang untuk menatap watak-watak ini serta tulisan mereka dalam waktu terdekat.


Tiada ulasan: