Khamis, 17 Disember 2015

Agensi YaPEIM didakwa miliki peralatan simulator golf

 
Ia didakwa ditempatkan Pusat Sukan INPUT di Mentari Bussiness Park


akmal


KUALA LUMPUR: National Oversight and Whistleblowers Centre (NOW) sekali lagi mendedahkan kepincangan yang berlaku dalam Yayasan Pembanguan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) yang didakwa memiliki simulator golf.

Pengarah NOW, Akmal Nasir mendedahkan, hasil menelitian Penyata Kewangan berakhir 31 Disember 2014 mendapati, agensi YaPEIM, Institut Penyelidikan dan Perundingan YaPEIM Sdn Bhd (INPUT) memiliki peralatan simulator golf.

Katanya, hasil maklumat awam, NOW berjaya menjejaki Pusat Sukan INPUT di Mentari Bussines Park yang menempatkan peralatan sukan itu.

Katanya, penemuan itu telah menimbulkan persoalan-persoalan;
  1. Adakah benar YaPEIM atau INPUT YaPEIM memiliki Peralatan Golf Simulator?
  2. Jika ya, bilakah dan berapa unit Peralatan Golf Simulator yang dibeli?
  3. Berapakah kos pembelian dan penyelenggaraan Peralatan Golf Simulator dari tempoh pembelian peralatan sehingga ke hari ini?
  4. Berapakah kos pemilikan, pengurusan dan pentadbiran Pusat Latihan INPUT Golf di Mentari Business Park, Petaling Jaya?
  5. Apakah keperluan mewujudkan Pusat Sukan INPUT Golf Simulator yang mana dalam Laporan Bajet YaPEIM 2013 telah menyebut bahawa tujuannya dikatakan sekadar memenuhi Program Sukan Korporat YaPEIM?
Akmal berkata, persoalan-persoalan tersebut perlu diteliti memandangkan YaPEIM merupakan sebuah Yayasan yang berteraskan amal jariah yang bermisikan ‘Membangun Ummah Melalui Budaya Beramal Jariah’.

Katanya, adakah pemilikan simulator golf itu bertepatan dengan misi penubuhan INPUT yang bertujuan menyediakan khidmat latihan, penyelidikan dan perundingan di dalam pelbagai perkara yang memberi faedah kepada masyarakat Islam mengikut sistem pengurusan moden yang berlandaskan hukum Syarak.

Tiada ulasan: