Isnin, 14 Disember 2015

Ada parti mahu sertai gabungan Pas-PKR


Ada lagi parti mahu sertai PR
Nik Abduh ketika sidang media di Pejabat Agung Pas. 
 
 
KUALA LUMPUR - ‎Ketua Pemuda Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz hari ini tidak menafikan wujud parti-parti politik yang berminat untuk menyertai gabungan mereka iaitu antara Pas dan PKR.

Enggan mengulas lanjut, Nik Abduh bagaimanapun berkata, perkara tersebut tidak boleh didedahkan kerana ia masih dalam peringkat perbincangan.

"Memang saya tidak nafikan. Ada parti yang berminat dengan gabungan kami.

"Itu masih dalam perbincangan dan ia adalah antara perkara baharu yang kami buat dalam parti," katanya dalam sidang media di Pejabat Agung Pas Pusat di sini, hari ini.

Sebelum ini, Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah membayangkan kemungkinan ada parti lain yang sedang dalam proses perbincangan untuk menyertai gabungan dua parti itu.

Mohd Amar berkata demikian ketika ditemui selepas Mesyuarat Mingguan Exco pada 9 Disember lalu.

[ARTIKEL BERKAITAN: Pas: Ada parti lain mahu sertai gabungan]

Mengulas lanjut, Nik Abduh berkata, apa yang penting adalah rakyat turut bersama-sama dengan Pas dan PKR dalam perjuangan mereka.

"Yang penting adalah rakyat bersama kami. Keutamaan kami adalah penyelesaian isu-isu semasa dan negara," katanya lagi.


Tiada ulasan: