Shuhami Zabri, Astro Awani
GEORGE TOWN: Polis hari ini
mengambil keterangan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bagi
membantu siasatan berhubung dakwaan tweet palsu mengenai larangan
penggunaan pembesar suara luar masjid dan surau kecuali untuk azan dan
iqamah.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata polis menjalankan siasatan selepas menerima laporan daripada pembantu Lim, yang mendakwa ada pihak memalsukan akaun Twitter milik ketua menteri itu.
"Pegawai saya mengambil keterangan daripada ketua menteri di pejabatnya pada 4.45 petang tadi. Siasatan dibuat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan," katanya di sini.
Tweet berhubung perkara itu muncul dalam bentuk paparan bergambar dan menjadi viral dalam Facebook dan Twitter sejak 2 Oktober lalu.
Tweet yang menggunakan nama Lim pada laman Twitter itu mengandungi kenyataan "Larangan pembesar suara di masjid dan surau dalam Pulau Pinang muktamad. Mereka yang tak setuju tak layak tinggal dalam negeri ini. Sila Keluar!".
Sementara itu, Guan Eng ketika ditemui pemberita selepas memberi keterangan di Komtar berharap polis dapat menjalankan siasatan dan mengambil tindakan segera terhadap individu atau pihak tidak bertanggungjawab yang mereka fitnah itu.
"Itu adalah satu fitnah jahat untuk menimbulkan kebencian terhadap saya dan menimbulkan kebencian antara kaum dan agama supaya ada huru-hara di Pulau Pinang.
"Apabila saya telah membuat kenyataan bahawa ini tidak benar, saya rasa rakyat faham dan mereka pun tidak mahu dipermainkan oleh sentimen yang jahat ini. Saya rasa usaha mempolitikkan isu ini tidak berjaya," katanya.
Larangan penggunaan pembesar suara itu dinyatakan melalui surat Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang bertarikh 1 September lalu berhubung keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang yang bertarikh 1 dan 2 Julai.
Mengikut larangan itu, penggunaan pembesar suara dalaman sahaja dibenarkan bagi program dan aktiviti masjid dan surau kecuali untuk azan dan iqamah.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata polis menjalankan siasatan selepas menerima laporan daripada pembantu Lim, yang mendakwa ada pihak memalsukan akaun Twitter milik ketua menteri itu.
"Pegawai saya mengambil keterangan daripada ketua menteri di pejabatnya pada 4.45 petang tadi. Siasatan dibuat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan," katanya di sini.
Tweet berhubung perkara itu muncul dalam bentuk paparan bergambar dan menjadi viral dalam Facebook dan Twitter sejak 2 Oktober lalu.
Tweet yang menggunakan nama Lim pada laman Twitter itu mengandungi kenyataan "Larangan pembesar suara di masjid dan surau dalam Pulau Pinang muktamad. Mereka yang tak setuju tak layak tinggal dalam negeri ini. Sila Keluar!".
Sementara itu, Guan Eng ketika ditemui pemberita selepas memberi keterangan di Komtar berharap polis dapat menjalankan siasatan dan mengambil tindakan segera terhadap individu atau pihak tidak bertanggungjawab yang mereka fitnah itu.
"Itu adalah satu fitnah jahat untuk menimbulkan kebencian terhadap saya dan menimbulkan kebencian antara kaum dan agama supaya ada huru-hara di Pulau Pinang.
"Apabila saya telah membuat kenyataan bahawa ini tidak benar, saya rasa rakyat faham dan mereka pun tidak mahu dipermainkan oleh sentimen yang jahat ini. Saya rasa usaha mempolitikkan isu ini tidak berjaya," katanya.
Mengikut larangan itu, penggunaan pembesar suara dalaman sahaja dibenarkan bagi program dan aktiviti masjid dan surau kecuali untuk azan dan iqamah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan