shahbudindotcom
Semalam
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Tajuddin Abdul
Rahman memberi amaran "mahu melempang" kepada orang-orang Cina yang
cuba mengadu masalah mereka kepada pihak luar.
Saya
nak beri amaran kepada Cina-Cina di Malaysia, jangan bila ada masalah
dia nak mengadu, sikit-sikit mengadu supaya ada yang melindungi mereka,
katanya.
Nak kena lempang macam tu, tambahnya sambil ketawa kecil.
Dalam
masa yang sama, Tajuddin juga meminta orang Cina di negara ini agar
berhenti daripada berangan bahawa ada pihak luar yang akan membela
mereka.
Menurut
beliau, kedatangan Duta Besar China, Huang Huikang ke Jalan Petaling
baru-baru ini adalah untuk memberi mesej mengenai keselamatan kepada
rakyat negaranya yang melancong ke Malaysia dan bukannya untuk membela
orang-orang Cina di sini.
Sebagai
timbalan menteri, berucap pula di depan khalayak yang berbagai serta
dihadiri oleh media, tindakan Tajuddin menyelitkan unsur-unsur politik
dalam majlis yang berkaitan bidang tugasnya tidaklah menjadi apa-apa
kesalahan, tetapi menggunakan perkataan kasar seperti "lempang" adalah
tidak wajar sama sekali, walaupun dalam nada yang bergurau
Apakah tidak boleh peringatan itu disampaikan dalam bentuk ucapan biasa saja tanpa menyebut perkataan "lempang" dan sebagainya?
Dan bak kata orang Perak pula, dah kuat bebenor ke berbanding orang Cina...
Imej
kerajaan tentunya akan bertambah buruk dengan perbuatan Tajuddin ini
serta menggambarkan seolah-olah pemimpin yang seharusnya menunjukkan
contoh teladan lebih baik serta menjadi ikutan rakyat, gagal mempamerkan
wibawa sebenar apabila berdepan dengan situasi yang mengganggu emosi.
Kalau
dalam ucapan pun boleh begitu, bagaimanakah pula bila berdepan dengan
pihak yang tidak sebulu dengannya di meja mesyuarat atau perundingan?
Apakah mungkin akan berlaku fail melayang atau kerusi berterbangan?
Tetapi
barangkali sebelum amaran "mahu melempang" itu berulang lagi atau
kejadian lempang benar-benar menjadi kenyataan nanti sebagaimana
dikhabarkan turut pernah berlaku sebelum ini kepada seseorang yang sudah
menjadi ketua sebuah kerajaan negeri sekarang ini, Perdana Menteri
Najib Razak perlu menjadikan Tajuddin menteri penuh dengan seberapa
segera.
Lagi
pula Tajuddin bukan saja lebih senior dalam politik berbanding bossnya
di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani iaitu Shabery Cheek,
malah turut lebih dulu "makan garam" berbanding Menteri Besar Perak,
Zambry Abdul Kadir.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan