Sungai Chiling. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR - Sekurang-kurangnya 12 lelaki dan dua wanita terperangkap
dalam insiden kepala air ketika berada di kawasan Sungai Chiling, Kuala
Kubu Bharu, dekat sini semalam.
Mereka dikatakan melakukan aktiviti mendaki bukit di lokasi itu ketika kejadian berlaku.
Menurut jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu, 13
anggota bomba dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan
kecemasan pada kira-kira 7 malam.
"Tujuh pengunjung adalah warga Pakistan dan diselamatkan pada 10.45
malam," katanya sambil menambah usaha mencari dan menyelamat mangsa lain
masih diteruskan.
Bercakap kepada Bernama, beliau berkata anggota penyelamat terpaksa
menunggu paras air di sungai berkenaan surut bagi menjalankan operasi
mencari dan menyelamat mangsa.
Namun, katanya, laluan alternatif sedang diusahakan untuk ke lokasi mangsa terperangkap. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan