Isnin, 20 April 2015

Rumah mampu milik: DPPM terkejut besar respon positif MB

Oleh: NAZLI IBRAHIM


DAMANSARA: Delegasi Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) terharu dengan kesungguhan Kerajaan Selangor membangunkan rumah mampu milik.

Presidennya, Datuk Syed Ali Alattas berkata, kesungguhan itu dapat dilihat ketika beliau dan beberapa pegawai kanan DPMM bertemu Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali di Bangunan SUK, Shah Alam, pada 27 Febuari lalu.

Kunjungan itu diadakan bagi membincangkan permohonan DPMM untuk membina 880 rumah mampu milik di Sungai Merab berhampiran Putrajaya.

rumah mampu milik iklan 01“Saya, setiausaha agung dan bendahari dah jumpa dia. Bukan main bagus, luar biasa sampai arkitek kami terperanjat hingga mulut ternganga.

“Bila arkitek kita tanya, biasanya tanah seekar dapat 16 rumah sahaja.

Kita ada 11 ekar sahaja dan arkitek cakap nak minta kepadatan 80 unit  tetapi MB kasi 120 unit. Awak boleh kasi?

“Arkitek kita kata lagi, mahal nak bayar caj pembangunan. MB jawab, tak payah bayar sebab buat rumah untuk rakyat, beliau tak caj. Macam-macam dikasi,” katanya dalam sidang media di Bangunan DPMM, di Bukit Damansara, di sini, hari ini.

azminSyed Ali turut terkejut apabila permohonan pembinaan projek itu mendapat kelulusan dalam masa singkat.

Katanya, DPMM pada awalnya berhasrat menjual unit kediaman projek terbabit pada harga kos tetapi mengubah pendirian untuk mengambil sedikit keuntungan sebagai ‘hadiah saguhati’ bagi disalurkan kepada projek rumah mampu milik lain pada masa hadapan.

Pembinaan 880 unit rumah mampu milik di Sungai Merab adalah sebahagian rancangan DPMM untuk membina 5,000  unit rumah dalam tempoh lima tahun.-NFN

Tiada ulasan: