Isnin, 20 April 2015

Bantah tanda salib bermotif politik, Umno cuba cetus provokasi

Oleh: Mohd Ezli Mashut


SHAH ALAM: Tindakan kira-kira 50 individu berhimpun membantah penggunaan tanda salib di sebuah gereja di Taman Medan bermotif politik bagi mencetuskan rasa tidak tenteram rakyat berbilang kaum dan agama.

Adun Taman Medan, Haniza Talha berkata, tindakan itu tidak wajar kerana memberi gambaran Islam agama ekstrem dan mengganggu kepercayaan agama lain.

“Salah seorang demonstran, Munaliza Hamzah adalah calon Umno-BN di N33 Taman Medan pada PRU-12 tetapi kalah.

haniza

“Seorang lagi, Datuk Abdullah Abu Bakar yang mengaku dirinya sebagai ketua kampung jelas berbohong kerana tidak wujud kampung di Taman Medan. Beliau juga salah seorang Ketua Cawangan Umno PJS,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini.

Katanya, kumpulan yang didakwa didalangi Umno itu wajar membuka pintu rundingan dan perbincangan bukan menunjukkan aksi provokasi serta suasana tidak harmoni.

“Diharap mereka kembali kepada ajaran Islam sebenar yang cintakan kedamaian dan keamanan terhadap masyarakat bukan Islam. Tidak patut mereka mengeluarkan kata kesat dan kasar,” katanya.

20150418222642Haniza berkata, gereja itu disewa di kawasan kedai komersial yang kurang dihuni penduduk.

“Mereka sengaja mahu mengaibkan saya selaku Adun kawasan yang seakan tidak peka dan sensitif terhadap Islam,” katanya.

Katanya, pengajian dan kuliah agama di masjid dan surau sentiasa ada sejak 2008 berbanding sebelum itu.

“Penduduk Islam sangat gembira dan berpuas hati dengan perkembangan ini kerana sebelum itu sukar diadakan majlis ilmu ekoran dakwaan ustaz adalah daripada pembangkang,” katanya.-NFN-

Tiada ulasan: