Kenyataan balas Jho Low tampil menuduh UMNO
sebagai dalang yang memutar belit kenyataan dan mengaitkannya sebagai
punca skandal menambah lagi tekanan ke atas Najib.
PETALING JAYA: Gambaran bahawa kedudukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat semakin kukuh dipertikai.
Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin mendedahkan Najib kini dalam keadaan yang tergugat dan meruncing apabila beberapa pihak yang tidak berpuas hati dengan isu kontroversi berkenaan menyerangnya kembali dengan beberapa pendedahan.
Beliau juga menerima tempelak apabila Low Taek Jho atau Jho Low tampil menuduh UMNO sebagai dalang yang memutar belit kenyataan dan mengaitkannya sebagai punca skandal.
“Gambaran Perdana Menteri Datuk Seri Najib berada dalam keadaan stabil dan kuat dengan sokongan dalam parti dan luar parti, tergugat dan meruncing semula apabila ahli perniagaan terkemuka Jho Low menuduh UMNO menjadi dalang yang memutar belitkan isu 1MDB yang menyebakannya dia dianggap sebagai punca skandal.(liha MalaysianInsider dan Malaysiakini). Jho Low menuduh ini dilakukan oleh ahli-ahli putarbelit UMNO,” katanya.
Jelas beliau, walaupun Najib dilihat cuba memberi gambaran seakan masih kuat dan mendapat sokongan penuh daripada pucuk pimpinan UMNO, namun apa yang berlaku adalah sebaliknya.
Selain isu 1MDB, Zainuddin juga berkata sokongan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan terhadap permintaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad agar siasatan terhadap kes pembunuhan Altantuya Shaariibu dibuka turut menambah tekanan terhadap Perdana Menteri.
Meskipun mendapat sokongan daripada Pemuda UMNO yang diketuai oleh Khairy Jamaluddin, Najib tidak dapat mengelak bebanan yang ditanggung.
Keadaan itu berbeza Dr Mahathir di mana beliau mendapat sokongan selepas membuat kenyataan berjuang keseorangan.
“Dengan Najib dan keluarganya diketahui sebagai besahabat baik dengan tokoh perniagaan besar ini yang juga dikenali sebagai kaki berpoya-poya maka pertanyaan Tun Mahathir siapakah orang ini yang menjadi penasihat kepada 1MDB telah menambah krebiliti keyakinan dan sokongan kepada Mahathir yang mendakwa berjuang seorangan,” kata beliau dalam blognya zamkata.blogspot.com.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan