Tindakan beberapa pihak yang mengeksploitasi
nama Datuk Ahmad Maslan semakin keterlaluan selepas kerajaan melaksana
GST, 1 April lalu.
PETALING JAYA: Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan menjadi perhatian di media sosial ekoran pelaksanaan Cukai Barang dan Jualan (GST).
Portfolionya yang disandangnya, menyebabkan Ahli Parlimen Pontian itu menjadi bahan kutukan yang adakalanya cuba memperlekeh dan mempertikai kredibalitinya sehingga menjadi bahan jenaka.
Selain mensensasikan kenyataan beliau, terdapat individu yang mewujudkan akaun dengan menggunakan gambarnya sebagai profil.
Akaun Facebook Professor Serba Tahu secara terbuka menjadikannya sebagai bahan kutukan.
Sentimen yang dimainkan berjaya menarik “like” 44,000 pengguna.
“Disebabkan GST buat ko punya statement semakin menjadi bengap , memang patut tukar ja gelaran tu pada gelaran “Malaysia Darul Maslan”, antara status yang dimuat naik.
Selain itu terdapat juga peniaga kreatif menjual baju yang menjadikan kenyataan Ahmad Maslan sebagai sumber pendapatan.
Sarcasteek.com misalnya, menjual baju di atas talian dengan menggunakan petikan “I AM 3.85 CGPA GST INCLUDED” dan ia dijual dengan harga RM60.00.
Sebelum ini, kenyataannya mencetuskan banyak kontroversi termasuk menyarankan pelajar universiti memasak sendiri di asrama bagi menampung kesan kenaikan barang akibat GST.
Berikutan kutukan yang diterima, Ahmad meluahkan rasa kurang senangnya di Twitter kerana mengaitkannya dengan ibu bapanya.
“Ibu saya tiada kaitan dgn GST. Bantai saya ok, jangan ibu. Walau arwah ayah dan ibu penoreh getah, buta huruf tapi amat baik,” tulis Ahmad.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan