MALAYSIAKINI
Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mendakwa terdapat ugutan dibuat
terhadap pihak yang tidak menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Razak.
Oleh itu, katanya, sokongan kumpulan tertentu terhadap Najib tidak
bermakna mereka menyokong 1Malaysia Developmement Bhd (1MDB) yang kini
diserang daripada segenap penjuru.
“Mereka
takut. Ada yang tanya saya berkenaan dengan 1MDB dan minta saya buat
sesuatu. Sekarang ada ugutan terhadap sesiapa yang tidak menyatakan
sokongan kepada Najib.
“Teringat saya kepada ribuan orang yang dibawa berhimpun dan disuruh angkat sepanduk 'I love PM' dan menyanyi 'IM4U'.
"Tetapi dalam PRU 13 kalah,” sindir Mahathir, perdana menteri keempat.
Mahathir tidak menyebut secara khusus ugutan yang dimaksudkannya itu.
Bagaimanapun, ketika ketegangan memuncak akibat kritikan kerasnya, anak
tunggalnya yang menyertai politik Datuk Seri Mukhriz Mahathir mula
terasa bahangnya.
Naib presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini mengingatkan
Mukhriz supaya bertanggungjawab memastikan Umno Kedah tidak berpecah
susulan pertemuan khasnya dengan pemimpin-pemimpin negeri semalam.
Bukan kerana 'jambatan bengkok'
Mukhriz malah digesa meletakkan jawatan jika tidak menyokong kepimpinan
Najib, yang dilihat mewujudkan keadaan serba salah kepada ahli politik
muda itu.
Sementara itu, kenyataan Mahathir hari ini juga dilihat hampir selari
dengan pendirian Umno Pulau Pinang yang mahu 1MDB disiasat, walaupun
mereka mendakwa menyokong kepimpinan Najib.
Dalam
tulisan di blognya hari ini, Mahathir juga menolak dakwaan beliau
menyerang Najib kerana cadangannya membina “jambatan bengkok” ke
Singapura tidak dilayan.
“Jika kerana jambatan bengkok yang saya marah, saya patut tuntut peletakan Najib sebelum PRU13.
“Sebaliknya saya berkempen untuk kemenangan Najib. Kepimpinan Najib di Selangor tidak berkesan,” katanya lagi.
Najib pada 9 April berkata Mahathir pernah memintanya melaksanakan
projek itu untuk menggantikan Tambak Johor ke Singapura, sebelum
melancarkan serangan terbuka ke atasnya.
Dalam wawancara khas di TV3, Najib juga berkata Mahathir juga tidak
bersetuju dengan penyaluran bayaran tunai Bantuan Rakyat 1Malaysia
(BR1M) kepada golongan berpendapatan rendah.
Menurut Najib, selepas itu barulah Mahathir melancarkan serangan
kepadanya, yang dilihat semakin sengit sejak beberapa minggu lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan