MALAYSIAKINI
Pemuda Umno berpuas hati dengan penjelasan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam dialog selama 90 minit petang ini.
Ketua pergerakan itu, Khairy Jamaluddin berkata penjelasan Najib ke atas
persoalan oleh Tun Dr Mahathir itu lebih mendalam berbanding dengan
jawapan melalui wawancara minggu lalu.
"Selepas mendengar penjelasan presiden Umno, kami mendapat gambaran lebih jelas ke atas isu semasa.
“Beliau menjawab satu persatu isu yang dibangkitkan oleh Mahathir dengan
lebih terperinci berbanding dalam wawancara (Khamis lalu),” kata
Khairy.
Bercakap kepada pemberita petang ini, Khairy berkata masa untuk Najib
membuat penjelasan dalam wawancara disiarkan TV3 itu adalah terhad.
Katanya, pemimpin Pemuda Umno juga menggesa Najib mempercepatkan
siasatan ketua audit negara ke atas 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan