MALAYSIAKINI
Seorang lelaki memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa
dia mengenali tertuduh kedua yang didakwa bawah Akta Kesalahan
Keselamatan (Langkah Khas) 2012 (Sosma) Muhammad Hilmi Hasim.
Dia bagaimanapun berkata tidak pernah mendengar kumpulan militan yang dipanggil Tanzim Al Qaeda Malaysia.
Lelaki itu, Leftenan Kolenel (B) Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)
Mohd Ariff Abdullah berkata mengetahui Hilmi yang dibawa oleh anak
lelakinya Razif ke rumahnya di Taman Tun Dr Ismail, sebelum berlepas ke
Istanbul.
"Sepanjang perbualan saya dengan Hilmi, kami bercakap dan menonton bola
sepak. Dia pada ketika itu membawa makanan ke rumah saya.
“Hilmi atau anak lelaki saya tidak pernah menyebut Tanzim Al Qaeda
Malaysia," kata Ariff menjawab soalan peguam Amer Hamzah Arshad.
Hilmi dan bekas tahanan ISA Yazid Sufaat ditahan bawah Sosma dan dituduh
menjadi anggota organisasi itu yang berniat untuk merekrut orang untuk
menyerang orang awam di Syria.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan