MALAYSIAKINI
Dr Mahathir Mohamad hari mendakwa 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Razak secara tidak langsung meniru slogan
Malaysian Malaysia DAP.
Mahathir berkata, slogan 1Malaysia diperkenal untuk mendapatkan sokongan
masyarakat Cina dan India selepas diberitahu bahawa golongan itu
menolak Tun Abdullah Ahmad Badawi kerana Dasar Ekonomi Baru.
“Untuk memenangi kembali sokongan mereka Najib perlu ketepikan tindakan
afirmatif dan harus dilihat lebih menyokong Cina dan India.
“Dia kurangkan tempat Bumiputera di universiti kerajaan walaupun
angkanya di universiti swasta dan kolej berkembar, bumiputera kurang
daripada 10 peratus.
“Kontraktor bumiputera dan perniagaan kecil tidak lagi digemari kerajaan. Banyak terpaksa gulung tikar.
“Tanpa banyak kata-kata, dia ambil slogan pembangkang Malaysian Malaysia, tetapi hanya gelarkannya 1Malaysia,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan