Jumaat, 16 Januari 2015

QZ8501: Identiti satu lagi jasad dikenal pasti

MALAYSIAKINI


 


Pasukan Pengecaman Mangsa Bencana Jabatan Polis Republik Indonesia (DVI POLRI) mengenal pasti identiti satu lagi jasad mangsa nahas Penerbangan QZ8501 AirAsia Indonesia sebagai Cindy Clarissa Soetjipto.
  
AirAsia menyatakan dalam kenyataan terkininya ibu negara malam tadi bahawa AirAsia Indonesia dengan rasminya menyerahkan jasad penumpang kepada keluarganya semalam.
  
Setakat ini, 39 daripada 50 jasad telah dikenal pasti identiti dengan sembilan lagi masih dalam proses pengecaman.
  
Kenyataan itu menyebut operasi mencari dan menyelamat (SAR) diketuai oleh Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas) menyambung operasi mencari di kawasan pencarian utama semalam.
  
Kapal-kapal SAR, helikopter dan pasukan penyelam laut telah dikerah ke kawasan pencarian utama untuk meninjau dasar laut sebelum penemuan penumpang dan bangkai pesawat kerana disyaki lebih banyak penumpang yang mungkin terperangkap di bawah bangkai itu.

Bagaimanapun, tidak ada penemuan tambahan yang dilaporkan semalam, menurut kenyataan itu.
  
Pesawat QZ8501 AirAsia Indonesia terhempas pada 28 Dis lepas semasa dalam penerbangan dari Surabaya, Indonesia, ke Singapura dengan membawa 155 penumpang dan tujuh kru.
  
Mereka yang berada dalam pesawat malang itu terdiri daripada 155 penumpang warga Indonesia, tiga rakyat Korea Selatan, seorang warga Singapura, seorang warga Malaysia, seorang rakyat Britain dan seorang warga Perancis.-Bernama

Tiada ulasan: