Perakam data penerbangan milik pesawat AirAsia QZ8501 yang dibawa keluar dari dasar Laut Jawa pada Isnin. Foto EPA
JAKARTA: Pasukan penyelam
pada Selasa berjaya membawa keluar kotak hitam yang mengandungi perakam
suara kokpit dari bangkai pesawat AirAsia QZ8501, lapor saluran berita
Indonesia, MetroTV memetik seorang pegawai kementerian pengangkutan.
Kotak hitam itu ditemui berhampiran lokasi di mana perakam data penerbangan dibawa keluar pada Isnin.
Menurut laporan itu, perakam suara kokpit itu dibawa oleh kapal
tentera laut Indonesia dan dijangka dihantar ke Jakarta untuk
dianalisis.
Pesawat Airbus A320-200 terputus hubungan dengan pusat kawalan trafik
udara ketika cuaca buruk dalam penerbangannya dari Surabaya ke
Singapura pada 28 Disember lalu. - REUTERS
Tiada ulasan:
Catat Ulasan