MALAYSIAKINI
Tindakan Persatuan Ummah Sejahtera (PasMA) - yang digerakkan sekumpulan
anggota PAS yang kritis - mahu bekerjasama dengan Ketua Menteri Pulau
Pinang Lim Guan Eng tidak salah, kata Salahuddin Ayub.
Naib presiden PAS itu berkata usaha NGO itu masih lagi dalam ruang lingkup untuk memperkukuhkan Pakatan Rakyat.
"Saya tidak ada masalah jika mereka hendak bekerjasama dengan Lim Guan Eng.
“Bagi saya ia masih lagi dalam ruang lingkup (memperkukuhkan) Pakatan Rakyat" katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.
Katanya, PasMa hanya dikira bersalah jika melanggar dasar parti dan
pelaksanaannya dalam pertemuan dengan Lim yang juga setiausaha agung
DAP.
Salahuddin, yang mengetuai Jawatankuasa Pengurusan Krisis PAS diberi
mandat oleh parti Islam itu untuk bertemu dengan kumpulan itu baru-baru
ini.
Diketuai presidennya Datuk Phahrolrazi Zawawi, delegasi 15 anggota PasMa
semalam mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Lim di Komtar, Pulau
Pinang semalam.
Mereka antara lain dikatakan berbincang mengenai isu dan strategi
kerjasama masa depan dengan Lim untuk pilihan raya umum akan datang.
Sumber mendakwa mereka menyatakan hasrat mahu membentuk parti politik
baru untuk bekerjasama dalam Pakatan tetapi Phahrolrazi ketika dihubungi
Malaysiakini menafikannya.
PasMa juga dilapor menerima bantuan banjir sebanyak RM1.5juta daripada
Pulau Pinang untuk diserahkan kepada mangsa banjir Kelantan bagi
membantu pemulihan negeri itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan