MALAYSIAKINI
Penerbit sebuah buku untuk kegunaan pelajar sekolah rendah
memohon maaf atas kesilapan cetakan dalam buku tersebut yang didakwa
menunjukkan hubungan ibu bapa sejenis.
Syarikat Penerbitan Bagus Sdn Bhd dalam kenyataannya berkata buku
latihan bertajuk Temanku Dokumen, Standard, Kurikulum dan Pentafsiran
(DSKP) Sejarah Tahun Empat itu akan ditarik balik dari edaran.
“Pihak kami meminta ribuan kemaafan di atas kesilapan itu. Pihak kami
akan menarik semula semua stok yang telah diedarkan bagi buku bertajuk
di atas dan menggantikannya dengan edisi baharu,” kenyataan itu dipetik.
Pengguna boleh membawa buku dengan kesilapan cetakan tersebut ke kedai
buku untuk ditukarkan dengan edisi baru, kata syarikat tersebut.
"Semua pelanggan sama ada guru-guru, ibu bapa dan murid-murid boleh
menukar semua buku bertajuk di atas di kedai-kedai buku sekolah atau
kedai buku di luar sekolah yang berdekatan," kenyataan itu dipetik.
Kesilapan dalam buku latihan untuk kegunaan pelajar tahun empat itu
melibatkan satu halaman menunjukkan satu salasilah keluarga dengan ibu
bapa dari jantina sama.
Gambar halaman tersebut disebar meluas di laman sosial dan menerima cemuhan dan sindiran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan