Mas Ermieyati
SHAH ALAM – “Hari ini jika ahli Umno tidak ambil peduli dengan hasrat
pucuk pimpinan parti yang mahukan transformasi dalam parti, Umno mungkin
goyah,” demikian reaksi Ketua Puteri Umno, Mas Ermieyati Samsudin
berhubung teguran pimpinan Umno, baru-baru ini.
Menurutnya, selagi akar umbi menyokong kepimpinan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi BN, parti itu akan terus dilihat mampu mengukuhkan parti itu sebagai sebuah kerajaan.
“Bukannya ingin menidakkan Umno itu lemah sebaliknya apa yang ahli perlu sedar tentang cabaran hari ini berbeza dengan dahulu. Hari ini jika ahli tidak ambil peduli dengan hasrat pucuk pimpinan yang mahukan transformasi dalam parti, Umno mungkin goyah.
“Kerana itu kita sering mengingatkan bahawa gerak kerja dan penerimaan kepada pimpinan muda untuk sama-sama ke arah transformasi perlu ada. Perkara yang akar umbi perlu tahu juga adalah presiden amat memerlukan barisan kepimpinan dan ahli yang kuat untuk menentukan kejayaan pembangunan negara, agama dan orang Melayu.
“Kerana itu Umno di peringkat bahagian mesti diperkukuhkan dan menerima keyakinan rakyat,” katanya kepada Sinar Harian Online.
Sebelum ini, Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Umno perlu mengatur langkah baharu dan tidak lagi boleh bertindak seperti biasa memandangkan parti itu merupakan harapan kepada orang Melayu yang mahu parti lebih berani untuk menghadapi cabaran dari dalam dan luar negara.
Katanya, atas faktor tiada keberanian Umno untuk cepat berubah, rakyat kini semakin berani mempersoalkan perjuangan asas Umno khasnya dalam membela bangsa, agama dan negara.
Manakala Umno Selangor pula mendapat teguran langsung dari bekas Presiden Umno, Tun Mahathir Mohamad melalui tulisan di blognya, minggu lalu.
Sementara mengulas soal Perhimpunan Agung Umno yang bakal berlangsung pada hujung bulan ini, Mas Ermieyati berkata, antara isu yang wajar dibangkitkan adalah pendekatan terhadap golongan muda termasuk isu sosial.
“Kita faham cabaran utama 69 peratus wanita muda merupakan mahasiswi dari institut pengajian tinggi dan mereka berdepan dengan isu pengangguran ekoran tiada landasan yang boleh memberi jaminan pekerjaan.
Ini berlaku kerana banyak syarikat di luar dalam pelbagai bidang tidak memberi ruang dan peluang untuk mengiktiraf kebolehan pasaran golongan berkenaan.
“Begitu juga soal masalah sosial yang melanda wanita muda khususnya golongan ibu muda, banyak isu berkaitan mereka seperti menjadi ibu tunggal pada usia yang muda dan terpaksa memikul beban membantu suami mencari rezeki kerana keadaan ekonomi hari ini yang mendesak,” katanya.
Dalam pada itu, isu keusahawanan wanita muda turut akan dibangkitkan dan pihaknya berhasrat untuk membantu dalam perkara tersebut.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan