Selasa, 11 November 2014

Teguran Tun M : Pemimpin Umno Semacam Memekakkan Telinga



Oleh Abu Hassan Adam


Teguran yang dibuat oleh Tun Dr. Mahathir khususnya dan beberapa orang pengkeritik lain mengenai ‘ketempangan’ UMNO kini seolah-olah tidak dipedulikan. Malah ramai juga pemimpin yang cuba menafikan kenyataan yang dibuat oleh Tun Mahathir itu. Cuma yang tidak dinyatakan oleh mereka secara terang-terang ialah bahawa apa yang diperkatakan oleh Tun Mahathir (M) itu sebagai kenyataan pemimpin tua yang sudah ‘nyanyuk’.

Tun M telah menyatakan dalam Blognya bertarikh 5 November 2014 tentang perubahan yang perlu dilakukan dalam UMNO Selangor. Selanjutnya beliau menyatakan,
‘Sesungguhnya perubahan yang diperlukan oleh UMNO Selangor ialah pembubaran dan penyusunan semula.
Pemimpin-pemimpin UMNO Selangor perlu terima hakikat bahawa mereka kalah dalam PRU 12 dan 13. Mereka perlu undur’

Sebenarnya apa yang disuarakan oleh Tun M itu telah pun disuarakan oleh DS Najib sendiri yang beliau merasakan begitu ‘penat’ melayan kerenah yang berlaku di UMNO Selangor ini. The Malaysian Insider bertarikh 1 November 2014 telah memuatkan kenyataan DS Najib dibawah jodol, ; ‘Tired’ Najib wants Selangor UMNO to grab back state from Pakatan’. Selanjutnya beliau menyatakan,’ "I feel so tired. It is such a big embarrassment when BN is mentioned as the opposition,” katanya di Konvenyen UMNO pada tarikh berkenaan.

Dua kenyataan dan teguran yang dibuat oleh dua orang pemimpin lama dan baru ini seolah-olah seperti slogan yang banyak terdapat di kawasan masjid-masjid yang berbunyi,’

SEMBAHAYANGLAH SEBELUM ANDA DISEMBAHAYANGKAN’. Lebh kurang begitulah mesej yang hendak disampaikan oleh kedua-dua pemimpin ini. Walaupun ada peribahasa Inggeris ada menyatakan tentang, ‘don’t kill a messenger’ namun ramai pemimpin UMNO, khususnya di Selangor yang mengambil sikap ‘confrontational’ terhadap kenyataan pemimpin-pemimpin ini.

Kenyataan Setiausaha UMNO Selangor, Saudara Johan Abdul Aziz sebagaimana yang disiarkan oleh Malaysiakini bertarikh 8 November 2014 dibawah tajuk, “ Selangor UMNO says Dr M disparaging the party’ telah membidas kenyataan Tun M dengan menyatakan bahawa Tun M tidak sepatutnya membuat tuduhan sedemikian dengan tidak mengemukakan bukti-bukti yang jelas dan nyata. Selanjutnya beliau menjelaskan,

“Don’t keep putting forward this corrupt image about Umno. If there is corruption, then arrest all the Umno people….To me, it is wrong that Tun talked about corruption. If he has evidence - and he is the former prime minister - then bring it to the authorities….I think this does not give a good image to the party because he too is an Umno member,”

Tetapi soalnya YBM Tengku Razaleigh Hamzah, tokoh lama yang amat berpengalaman dalam parti UMNO pun pernah kata tentang persoalan rasuah yang melibatkan UMNO. Kata Tengku Razaleigh Hamzah ( Ku Li ), ‘ Corruption is the biggest problem. If we can get rid of some or most then ( the problem) is resolved…. Projects are too expensive and the costs are passed on to consumers and finally the people at the bottom have to bear the additional cost’.

51% rakyat Malaysia mungkin kata begitu. Setuju sangat dengan pandangan Ku Li yang mengatakan bahawa rasuah dan penyelewengan adalah merupakan masalah besar dan sekiranya masalah ini dapat diatasi maka banyak masalah akan dapat selesai. Sebahagian besar rakyat sudah lama tahu mengenai rasuah dan penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin. Dan salah satu sebab yang menyebabkan mereka mengundi pembangkang dalam PRU 13 adalah berpunca daripada keadaan itu.

Suasana seperti itu juga yang ditakuti oleh DS Najib dan Tun M. Lantas mereka menyarankan agar UMNO amat perlu membuat perubahan. Dan antara saranannya ialah agar pemimpin lama dalam UMNO yang dikira sudah ‘luput tarikh’ harus berundur dan memberikan laluan kepada pemimpin muda yang berpotensi untuk menggantikan tempat mereka sebagai pemimpin. Lagi pun para pemimpin yang ‘sudah luput tarikh’ harus sedar bahawa cara ‘berpencak’ pada Kurun ke 21 adalah amat berbeza dengan ‘sepak terajang’ pada Kurun ke 20. Justeru mungkinlah pemimpin UMNO lama sudah agak letih dan penat untuk berpencak di pentas Kurun ke 21.

Terus terang aku katakan bahawa ramai yang menyokong pembangkang bukan disebabkan mereka tidak bersetuju dengan dasar UMNO ( BN) tetapi mereka tidak menyukai perangai ramai pemimpin UMNO (BN) yang rasuah dan terlibat dalam berbagai penyelewengan. Lebih daripada 51% rakyat Malaysia kini yang agak meluat dengan perangai dan sikap sebahagian besar pemimpin UMNO (BN) yang memerintah negara ini.

Para pemimpin UMNO (BN) seolah-olah memekakkan telinga dan memejamkan mata apabila isu rasuah dan penyelewengan ini diperkatakan oleh rakyat. Seolah-olah bukan mereka yang terlibat dengan apa yang diperkatakan oleh rakyat. Mereka dapat menafikan apa yang mereka telah lakukan.

Oleh kerana mereka berkuasa, maka mereka dapat menggunakan jentera kerajaan untuk ‘tolong’ menidakkan apa yang telah mereka lakukan. Mereka amat ‘bijak’ menggunakan ‘ilmu’ yang mereka pelajari untuk melakukan penyelewengan dan rasuah sehingga terlalu sukar pihak berkuasa untuk menuduh kegiatan jahat mereka.

Lebih 51% rakyat Malaysia tahu apa yang mereka lakukan. Jikalau tidak masakan 51% rakyat menentang UMNO ( BN ) dalam PRU 13 yang lalu. Sudah jelas di mata rakyat ada perbuatan-perbuatan sumbang yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin yang tidak tahu malu dan bermuka tebal. Mereka ‘tergamak’ menafikan perbuatan terkutuk mereka. Dan sebaliknya ada pula yang terus menuduh orang yang melaporkan perbuatan terkutuk mereka.

Yang anihnya, pemimpin sedemikian masih ada yang mahu ‘mengikut’nya. Pengikutnya terus menerus mengangkatnya menjadi pemimpin. Bukan itu saja, malah terus dilantik memegang jawatan dalam kerajaan. Dan yang empunya diri yang terpalit, tidak pula segan silu menerima jawatan yang ditawarkan.Apakah rakyat Malaysia yang sebegini sudah hilang pertimbangan langsung dan sudah tidak dapat menilai sesuatu yang baik dengan yang buruk. Apakah sudah dikaburi agaknya mata mereka yang sudah tidak dapat melihat dengan jelas, membezakan antara keburukan dan kebaikan.

Jikalau keadaan sebegini berjalan terus menerus, maka aku tidak tahu ke manalah agaknya akhirnya ‘destinasi’ negara ini. Sebagaimana yang dikatakan oleh Ku Li, ‘Projects are too expensive and the costs are passed on to consumers and finally the people at the bottom have to bear the additional cost’. Maknanya sesuatu projek yang dijalankan oleh kerajaan adalah terlalu mahal dan dibahu rakyatlah diletakkan bebanan untuk menanggung kos –kos tambahan. Lantas kesimpulan yang dibuat oleh Ku Li itu ialah, kerajaan seharusnya memerangi rasuah dan penyelewengan ini dengan sekeras-kerasnya dan bukan sepatutnya menaikkan harga minyak. ( Kerajaan kata mereka mengurangkan harga subsidi minyak).

Persidangan Agung UMNO yang akan diadakan tidak lama lagi seharusnya membincangkan isu rasuah dan penyelewengan dalam kerajaan sebagai agenda penting dan bukan sebagai ‘pesta’ untuk memuji dan memuja pemimpin. Tidak juga PAU itu dijadikan sebagai pentas ‘Maharaja Lawak’ dimana para badut mempamerkan ‘kebolehannya’ untuk berlawak jenaka.

Persidangan Agung UMNO adalah pentas untuk membincangkan tentang nasib bangsa Melayu menghadapi Kurun ke 21.

Tiada ulasan: