Pelaburan 1MDB Catat Kerugian RM668.55
Juta. Tanggung Hutang RM41 Bilion. Mahathir Tempelak, 1MDB Bazirkan Wang
Negara : Hutang negara Malaysia sudah menjerut leher, masih lagi
bercita-cita besar melakukan pelaburan besar di atas nama 1MDB.
Bentangkan belanjawan negara pun dalam keadaan belanjawan defisit. (KLIK SINI)
Tetapi, bercita-cita untuk meningkat
kekayaan melalui pinjaman. Akhirnya pinjaman dan hutang yang telah
diterbitkan itu, perlu dibayar juga bukan? Siapa yang akan menanggung
beban hutang sebesar RM41 bilion ini? Nah…inilah yang berlaku sekarang ini…..satu demi satu aset mahu dikumpulkan 1MDB.
Lain Perdana Menteri lain caranya.
Jikalau berdasarkan pengamatan dan pemerhatian Tun Mahathir Mohamad
terhadap cara anak buahnya mentadbir negara melalui penubuhan 1MDB yang
dirasakan beliau tidak sepatutnya wujud sebenarnya. Hakikat dan
realitinya penubuhan 1MBD adalah “mesin” yang telah meningkatkan hutang
negara dek kerana kerugian yang ditanggung 1MDB sekaligus akan
memudaratkan negara. Siapa kata? Mantan Perdana Menteri Tun Mahathir
Mohamad.
Kerugian 1MDB RM668.55 juta
- Terbaru 1MDB berjaya “mencatatkan kerugian sebelum cukai sejumlah RM668.55 juta pada tahun kewangan 31 Mac 2014
- Berbanding kerugian pada tahun sebelumnya iaitu RM778.243 juta
Inilah
pelaburan negara dilakukan berlagak seperti “berlagak sebagai dana
kekayaan negara” sedangkan ia bukan daripada lebihan kewangan negara.
Ya…semua ini adalah hutang. Hutang negara. Berbilion ringgit dihutang
yang menambah hutang negara dengan amat tinggi. Hutang negara mesti
dibayar. Jika tidak kita akan muflis seperti Argentina.
Siapa yang pernah pergi ke pejabat IMDB
di Menara IMC, anda akan lihat betapa ramai non bumi dalam syarikat 1MDB
ini. Mana tidak, satu demi satu syarikat disambar 1MDB termasuklah
syarikat Tanjong Energy dan Genting Sanyen yang ada ramai non bumi juga.
Hebat….Hebat…..Negara lain yang kaya
sumber alam termasuk negara pengeluar minyakcontohnya yang dilihat tidak
mampu menghabiskan pendapatan negara mereka setelah mentadbir dan
membangun negara, bertindak tubuhkan “sovereign wealth fund sebab terlebih cash” & dan merancang untuk melakukan pelaburan tunai di luar negara.
- Malaysia punya sovereign wealth fund walaupun tiada simpanan tunai tetapi masih lagi bernafsu besar untuk berbelanja dan melabur
- Akhirnya bertindak berani mengambil hutang berbilion-bilion dan melabur bagi tujuan membeli aset pada harga yang melampau dan tidak munasabah. Katanya 1MDB ni ialah pembangunan strategik syarikat.
Hakikatnya, Berita Semasa tidak nampak
apapun strategik yang mereka buat. Yang ada hanyalah kontroversi,
kontroversi dan kontroversi yang berpanjangan.
- Sebenarnya, 1MDB ini mendapat dana dari GLC. Ehem….
- Baik benar GLC-GLC Malaya, derma duit mereka untuk diberikan kepada 1MDB tanpa balasan apa yang dipanggil “cash contribution giving out money” secara berkala.
Persoalannya siapa yang bakal menanggung
hutang sebesar RM41 bilion ini? Siapa? Usahlah masalah yang pernah
melanda Renong sehingga mengheret untuk ditanggung kerajaan Malaysia
suatu ketika dahulu berulang lagi di mana akhirnya kesan dan natijahnya
akan berbalik kepada rakyat…Cukuplah!!
KLIK SINI : Hutang Negara Malaysia Terkini Bernilai RM622.022 Bilion.
Kewangan Kerajaan Tenat!!
Walaubagaimanapun, tidak mengapa. Ehem…..
Terima kasih kepada pelaksanaan GST pada
kadar permulaan 6% yang bakal dibayar oleh kalangan rakyat marhaen,
golongan miskin, golongan pertengahan, golongan kaya setiap kali mereka
berbelanja di atas bumi Malaysia bermula tahun 2015. Nantikan…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan