Selasa, 25 November 2014

MCA: Keadaan di sekolah macam Amerika 50-an

MALAYSIAKINI



 


MCA mengecam laporan berhubung pengasingan kaum di sebuah sekolah rendah di Setapak, Kuala Lumpur.

Parti itu berkata, ia mengingatkan kepada amalan diskriminasi terhadap golongan kulit hitam di Amerika Syarikat sekitar tahun 50-an.

Mengulas artikel Malay Mail Online hari ini, senator MCA Chong Sin Woon berkata, jika laporan itu benar, arahan yang dikatakan daripada sekolah itu harus “dikecam dan dibatalkan segera”.

“Keadaan itu harus dibetulkan oleh pihak berkuasa sekolah dan Kementerian Pendidikan, termasuk surat amaran kepada pegawai sekolah yang mengeluarkan arahan prejudis itu,” kata Chong, yang juga ketua Pemuda MCA.

Beliau mengaitkan senario itu dengan “doktrin terpisah tetapi sama” di Amerika Syarikat sekitar tahun-tahun 50-an, yang menyaksikan pengasingan warga negara itu yang berketurunan Afrika.

Tiada ulasan: