Laman sesawang anti-Tun Abdul Taib Mahmud Sarawak Report mendakwa terdapat bukti salahguna kuasa dan rasuah yang dilakukan bekas ketua menteri yang kini gabenor Sarawak itu.
Ini berikutan sikap ahli keluarganya yang tanpa segan silu mempamer kekayaan di majlis eksklusif seperti Tattler Malaysia Ball di Kuala Lumpur tempoh hari.
Di dalam satu rencana yang dimuatnaik, laman sesawang itu menampilkan
adik Taib Datuk Raziah Mahmud-Geneid yang melaram dengan berlian
permata.
Majlis tersebut merupakan acara tahunan yang dianjurkan majalah bagi golongan bangsawan “Tattler Malaysia”. Golongan kaya-raya menjadi bahan ceritanya.
Menurut Sarawak Report, anak perempuan Raziah, Esha Geneid dan sepupunya Yakup turut hadir ke majlis tersebut.
Majlis didakwa meyaksikan mereka menampilkan kekayaan yang tentunya menjolok mata.
Laman sesawang Sarawak Report mendakwa Raziah dan anak perempuannya
Elia Geneid mendapat kekayaan hasil tanah yang dirampas dari orang asal
Sarawak bagi diusahakan mereka.
Suaminya Robert Gened pula dikatakan turut sama meraih kekayaan hasil bumi negeri tersebut.
Dengan melaram sebegitu, rencana tersebut berkata keluarga Taib tidak
langsung malu menunjukkan kekayaan mereka yang datangnya entah dari
mana.
Taib sendiri sering
kelihatan dengan Rolls Roycenya yang dihiasi permata. Isterinya yang
jelita juga sering mempamer intan berlian.
Menurut Sarawak Report lagi, semasa mula menceburi bidang politik, Taib Mahmud tidaklah sekaya mana.
Laman tersebut mengkritik Taib dan berkata, keluarganya mula
mengumpul kekayaan setelah Taib diangkat Ketua Menteri di bumi
kenyalang itu.
Antara dakwaan salahlaku yang dilemparkan termasuk menuai hasil bumi Sarawak bagi diagihkan sesama mereka.
Perlu diingati, di Malaysia tiada undang-undang yang mampu menghukum pemimpin atas kesalahan rasuah dengan sewajarnya.
Sementara itu, penuntut dan profesor di Universiti British Columbia
di Vancouver Kanada juga berminat mengetahui tentang cara Taib
melaksanakan tugasnya sambil meraih kekayaan.
Menurut laporan Bruno Manser Fund, Khamis lalu dalam majlis yang
dianjurkan Sekolah Kewartawanan UBC, pengarah BMF Lukas Straumann
mempersembahkan bukunya “Money Logging: On the Trail of the Asian
Timber Mafia”.
Kata-kata pengenalan dibuat Professor Janette Bulkan, David Rummel dan Mutang Urud, seorang ahli kempen Kelabit dari Sarawak.
Lukas Straumann memberitahu, toko buku terkenal seperti Amazon digesa
peguam gabenor Sarawak Mishcon de Reya agar tidak menjual buku
tersebut.
Lukas Straumann juga
menggalakkan para penuntut agar menyiasat dakwaan di dalam buku
tersebut tetapi mereka perlulah bersandarkan fakta. Selain daripada
kenyataan yang diraih daripada beberapa saksi, buku tersebut
menampilkan rekod awam tentang salahlaku Taib.
Selepas majlis, Straumann bertemu wakil kempen dari Kanada bagi
menjalin hubungan lebih erat dengan Bruno Manser Fund. Jelajah tentang
wang hasil pembalakan itu akan diteruskan dengan penulis tersebut
mengunjungi Berkeley dan Washington DC.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan