Oleh Ng Kee Seng
Pernah anda dengan kisah pembuat penkek dengan tiga dapur tetapi hanya ada 2 penutup periuk. Lambat laun dia gagal menyiapkan penkek yang diminta.Makanya, lambat laun kelemahan terdedah juga.
Itulah yang berlaku di parlimen ketika membahaskan 1MDB yang menjadi
projek dambaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tempuh hari.
Di negara yang dianggap serba boleh ini, peraturan dicampak keluar tingkap. Ahli politik bermaharajalela.
So, Timbalana Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan telah digesa
menghantar dokumen ke parlimen berikutan kenyataan bercanggah tentang
bon bernilai USD3 bilion milik 1MDB.
Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia memohon dokumen itu
bagi menentukan samada Maslan telah menyebabkan kekeliruan di parlimen
seperti dakwaan Rafizi Ramli (PKR Pandan).
Adakah kita rakyat Malaysia percaya Maslan akan dihukum dengan setimpal?
Beginilah keadaannnya, sepertimana yang dilaporkan akhbar Bahasa
Inggeris The Star; “Saya boleh memutuskannya sekarang, tetapi ia tidak
baik buat sesetengah pihak. Saya mampu memutuskan isu ini dengan
berkata tiada niat bagi mengelirukan parlimen,” kata Pandikar kepada
Rafizi.
Mana mungkin speaker dari BN memutuskan komradnya bersalah!
Tempoh yang diberi kepada Ahmad Maslan hanya helah bagi melengahkan
keadaan dan menunjukkan kononnya terdapat keadilan di dalam membuat
keputusan.
Malaysia telah menyaksikan pelbagai permainan BN ketika diasak pelbagai isu, dengan alasan “tiada niat…”
Hanya ahli parlimen BN mampu memberi hujah sebegitu namun tak mungkin ahli parlimen Pakatan boleh melakukannya.
Pandikar memuntahkan sampah kepada rakyat Malaysia yang bijak berfikir.
Timbalan menteri kewangan telah membuat kenyataan bercanggah di parlimen, jadi apa niatnya?
Sukar sangatkah memutuskan Ahmad Maslan bersalah dan perlu dijatuhi hukuman?
Dalam kenyataannya, Ahmad Maslan berkata LOS wujud tetapi kerajaan
tidak menjamin bon 1MDB, kerana jaminan hanya dibuat bagi bon sukuk
bernilai RM5.8 bilion.
Dan kerajaan akan menjamin 1MDB dengan nilai USD3 bilion, katanya lagi.
Bergurau ke apa?
Itupun, katanya, jika 1MDB melakukan usaha termasuk penstrukturan
semula bagi mendapatkan dana membayar balik hutangnya yang tak termampu
dilakukan sehingga kini.
Bukankah itu satu jaminan?
Dahulu Malaysia pernah menyaksikan telatah serupa dalam urusniaga
berbilion ringgit melibatkan Port Klang Free Zone (PKFZ). Adakah 1MDB
menuju masa depan kelam yang sama?- http://bm.theantdaily.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan