Oleh Hazlan Zakaria
Dalam menasihati pelajar-pelajar sebuah sekolah supaya mempunyai sikap dan personaliti yang baik dan menentang pembuli, Ahli Parlimen Kinabatangan kontroversi, Datuk Bung Mokhtar Radin kelihatan seperti seekor ketam yang mengajar anaknya untuk berjalan lurus.
Dilahirkan pada 15 September 1959, ahli parlimen Sabah itu tidak
dilahirkan di bawah bintang zodiak barat Cancer (ketam), tetapi seperti
yang ditunjukkan kejadian baru-baru ini, dia mungkin seekor ketam
jadian.
Teliti ucapannya
kepada sekumpulan pelajar di sebuah sekolah di kawasan yang
diwakilinya, di mana beliau telah memberikan mereka nasihat mengenai
perilaku peribadi.
"Sikap dan
personaliti yang baik juga perlu dipupuk supaya mereka menjadi
proaktif, demi pembangunan masyarakat dan negara," harian berbahasa
Inggeris Sabah Daily Express memetik beliau sebagai berkata.
Saya pasti beliau merupakan seorang ahli parlimen yang berketerampilan
segak, terutamanya selepas berkahwin dengan isteri keduanya, dia
dilihat muncul berpakaian 'lebih bergaya' dengan rambut yang bergel dan
diwarnakan.
Pastinya beliau telah berperibadi mempesona untuk memenangi hati pelakon itu.
Tetapi mungkin beliau bukan ahli parlimen yang wajar bagi bercakap
tentang sikap dan personaliti yang baik, secara umumnya.
Sekurang-kurangnya tidak jika kita mengambil perhatian ke atas kualiti
sumbangannya kepada dialog kebangsaan dan perbahasan parlimen mengenai
isu-isu utama.
Namun begitu, saya
mesti menyatakan bahawa kita tidak boleh menolak kemungkinan niat baik
beliau. Cuma nasihat itu agak sukar untuk diterima, kerana datang dari
seorang ahli parlimen yang begitu kontroversi.
Jika ditanya secara rawak, ramai orang akan berwajah kelat apabila
ditanyakan mengenai kaitan nama Bung Mokhtar dengan "sikap dan
keperibadian yang baik".
Dan
nasihatnya yang seterusnya mungkin akan mencetuskan rasa radang kaum
wanita yang pernah mendengar beliau berucap di Parlimen, kerana beliau
sendiri sering dituduh membuli wanita dengan ucapan-ucapan liarnya.
"Sesiapa sahaja yang telah dibuli boleh melaporkannya. Ada
undang-undang untuk melindungi anda," Bung menasihati pelajar-pelajar
itu.
Mungkin perlu diingatkan
bahawa dia pernah melakukan jenaka "bocor", didakwa membayangkan yang
bukan bumbung Parlimen sahaja yang bocor, tetapi juga merujuk secara
tidak langsung kepada kitaran feminin seorang ahli parlimen wanita
pembangkang.
Bung juga menjadi tajuk utama akhbar melalui kenyataannya bahawa pemandu wanita tidak tahu memandu.
Mungkin ini dibenarkan kerana beliau menikmati keistimewaan Parlimen,
termasuk kekebalan bagi apa-apa yang dikata dan dilakukan di dalam
Parlimen.
Tetapi walaupun beliau
mungkin terlepas dari mahkamah undang-undang, ia mungkin tidak
menghalang beliau daripada diadili mahkamah pendapat awam, dalam kes
ini.-http://bm.theantdaily.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan