Selasa, 18 November 2014

Apa untungnya DAP serang PAS?

SUBKY LATIF 


APA untungnya Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP menyerang PAS dan Presidennya secara terbuka sambil memberi amaran DAP sedia bersendirian semula seperti sebelum kelahiran Pakatan Rakyat?
   
Tidak dinafikan dalam masa lebih 10 tahun lalu dan mungkin dalam beberapa tahun yang akan datang DAP adalah parti yang terus maju sama ada ia bersama Pakatan Rakyat ataupun tidak bersama Pakatan Rakyat. Sama ada PAS menyokongnya atau tidak, kuasanya di Pulau Pinang tidak tergugat. Sama ada ia dalam Pakatan atau kembali bersendirian, sekurang-kurangnya untuk dua kali PRU lagi kuasanya tidak tergugat.
   
Tidak mengapa jika ia merasa lebih selesa dan di hadapan lain-lain parti sekutunya dalam Pakatan. Tetapi tidak banyak dapat membantu Malaysia dan rakyatnya jika ia merasa sombong dengan kedudukannya yang ada.
  
Peranan semua parti kerabat Pakatan sama penting bagi membina politik baru di Malaysia, mencabar monopoli kuasa BN di Putrajaya, seterus bagi menggantikan kerajaan rasuah dan tidak bermaruah yang ada bagi digantikan dengan sebuah kerajaan tata urus yang baik, adil, bersih dan bermaruah.
   
Ini saja masa yang terbaik, dan dengan muafakat Pakatan yang ada saja, perubahan itu dapat dilakukan. Sepatutnya Putrajaya sudah boleh diambil setahun lalu, hanya tidak memihak kepada Pakatan. Pakatan sudah dikira menang dalam PRU lalu.
   
Biarlah saya katakan PAS adalah kelemahan dan mungkin banyak, tetapi tidaklah seburuk BN dan semua komponennya. Dan tidaklah sekutu-sekutunya dalam Pakatan tiada kelemahan langsung. PAS ada kebaikan dan kekurangan, demikian juga sekutunya.
   
Tetapi dengan mencerca PAS dan pimpinannya secara terbuka tidak mendatangkan apa-apa kebaikan kepada semua – setiap pihak dalam Pakatan, rakyat dan negara.
  
Cina dan India mungkin tidak tahu satu perumpamaan Melayu, marahkan pijat kelambu dibakar. Apabila kelambu dibakar berpestalah sang nyamuk.
   
Semua tahu bahawa Pakatan berkrisis gara-gara isu Menteri Besar Selangor. Ia adalah ujian. Parti kuat seperti Pakatan mesti diuji dan jika benar ia kuat, ia mampu atasi semua ujian. Jangan bakar kelambu justeru ujian itu.
   
Menyingkirkan PAS dari Pakatan atau DAP bersendirian semula, samalah seperti membakar kelambu.
  
Gara-garanya kerajaan menindas tidak dapat digantikan, kerajaan rasuah dan menindas akan terus memerintah untuk 10 atau 20 tahun lagi. Lebih banyak kerosakan di bumi kita, rakyat bertambah melarat, segala-galanya hancur binasa.
   
Yang untung bukan DAP tetapi UMNO/BN. Dari mula Dr. Mahathir tidak sukakan muafakat PAS dan DAP. Berbagai halangan dilakukannya. Sejak sekian lama Umno kata PAS jadi tunggangan DAP. MCA kata DAP perjuang hudud. Mereka suruh PAS tinggalkan Pakatan. Jangan jadi alat Anwar!
  
Tiada PAS peduli dan tidak DAP hirau. Masing-masing sepakat untuk menawan Putrajaya bagi menegakkan sebuah tata urus kerajaan yang baik.
   
Umno memang sudah putus asa bagi menghancurkan Pakatan. Sekalipun Anwar dipenjarakan 10 kali lagi. Umno tak mampu pecahkan Pakatan. Tetapi tempelak Guan Eng itu boleh binasakan apa yang Umno tak dapat buat.
   
Saya ingatkan PAS dan pemimpinnya, jangan balas tempelak itu secara terbuka! Bagi yang rajin datang mesyuarat, bincang ia dalam mesyuarat. Apa pun Guan Eng tentu sudah sedar, yang paling suka dengan teguran terbukanya pada pemimpin PAS ialah Najib dan Dr. Mahathir.
   
Tentang pemimpin PAS, biarlah PAS menentukannya, bukan oleh orang yang tidak menjadi ahli parti. HARAKAHDAILY

2 ulasan:

bat8 berkata...

Tuan

Pak Subky pun nampaknya kelabu juga pandangannya. Sekali dia mengatakan PR pe4lu memperkemaskan mufakat dan mengakui PAS adalah weak link didalam PR sekarang.

Pandangan Pak Subky yang DAP menyerang PAS tidak tepat. Apa yang DAP s3but adalah dalam kerangka untuk mempe4kemaskan mufakat PR dimana kelemahan yang ada bukan kelemahan PAS tetapi masaalah dengan Presiden PAS.

DAP mempunyai point yang munasabah mempersoalkan ketidakhadiran TGHH ke mesyuarat PR telah m3njejaskan usaha mengukuhkan permaufakatan didalam PKR.

Betul...walaupun TGHH tidak hadir, beliau menghantar wakilnya. Masaalahnya wakil yang dihantar oleh TGHH itu hanya menjadi tunggul kayu didalam mesyuarat. Apa yang dipersetujui oleh wakil beliau akan dibantah oleh oleh TGHH diluar mesyuarat. Akhirnya mesyuarat itu menjadi sia-sia kerana tidak ada pe4setujuan dari pihak PAS kerana dibantah oleh TGHH yang tak hadir.

Kenyataan DAP yang kehadiran TGHH didalam mesyuarat PR amat diperlukan kerana seolah-olah hanya TGHH sahaja yang mempunyai kuasa kata pemutus yang mutlak didalam PAS kelihatan b3nar.

Apatah lagi jika apa yang dilaporkan bahawa TGHH sudah 20 bulan tidak menghadiri mesyuarat PR. Ini satu kes berat. PR mungkin tidak bol3h berfungsi langsung disebabkan orang yang mempunyai kuasa pemutus mutlak dari PAS sering tak datang mesyuarat.

Pak Subky dan ramai pemimpin PAS terlupa bahawa jawatan Presiden PAS tidak sama dengan jawatan presiden mana-mana parti sekular di dunia ini. Jawatan Presiden PAS adalah amanah ugama yang besar. Bila bercakap sebagai amanah besar ugama, ia ada kaitan dengan kehidupan dunia dan akhirat.

Jadi tindakan TGHH sering tak datang mesyuarat PR adalah satu kezaliman kepada amanah jawatan yang beliau sandang.

Jadi disini Pak Subky khilaf. Tiada siapa yang menyerang siapa. Ia adalah satu peringatan keras kepada TGHH untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai Presiden PAS yang menjadi parti yang bergabung dibawah PR. Peringatan ini memang nampak keras dan sepatutpun jika benar TGHH sudah 20 bulan tidak menghadiri mesyuarat PR

Libang Libu berkata...

Tuan blogger,

Exchange link.

http://libanglibu.blogspot.com/