MALAYSIAKINI
Seorang warga emas maut dilanggar keretapi di km 190, Lahat berhampiran Taman Halaman Sentosa di Ipoh, semalam.
Dalam kejadian pukul 10.30 pagi itu, Din Chik, 84, meninggal dunia di
tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala, patah tangan
serta kaki.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong berkata mangsa dari Kampung
Seri Murni, Pasir Putih cuba melintas landasan tersebut sebelum
terpelanting ke tepi akibat rempuhan keretapi itu yang dalam perjalanan
dari Ipoh ke Kuala Lumpur.
"Polis bantuan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang melakukan
pemeriksaan menemui mangsa terbaring di tepi landasan," katanya ketika
dihubungi.
Beliau berkata polis sedang menjalankan siasatan lanjut.
Mayat dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat, katanya.
Difahamkan di tempat kejadian polis turut menemui kunci kereta, tongkat dan kopiah putih dipercayai milik lelaki itu.- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan