MALAYSIAKINI
Hari ini, jika menteri besar atau exco berkata raja-raja Melayu
bertindak atas nasihat mereka, “kamu boleh beritahu mereka, mimpilah”,
kata bekas menteri undang-undang Datuk Zaid Ibrahim.
Katanya, walaupun perkataan “bertindak atas nasihat menteri besar (atau
perdana menteri)” digunakan dalam perlembagaan persekutuan atau negeri,
amalan sebenar yang berlaku sebaliknya.
“Raja sekarang memutuskan sesuatu perkara dan angan-angan untuk menteri besar percaya sebaliknya.
"Lihat saja apa yang berlaku di Terengganu, Perak, Perlis, dan Kelantan,” katanya.
“Selepas kes Perak, jelas bahawa kedudukan menteir besar sangat
bergantung kepada kehendak yang mulia baik dalam terma lantikan dan
pengguguran,” katanya.
Pada awal kemerdekaan, Zaid berkata, lebih mudah jika Malaysia menerima dan mematuhi model Westminster secara keseluruhannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan