MALAYSIAKINI
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menetapkan 20 Jun untuk keputusan permohonan pengendali blog Papa Gomo menangguhkan pembayaran gantirugi berjumlah RM850,000 kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pesuruhjaya Kehakiman Rosilah Yop menetapkan tarikh itu di dalam kamar
setelah mendengar hujahan daripada peguam Shahid Adli yang mewakili
Anwar dan Wan Muhammad Azri Wan Deris (Papa Gomo), yang mewakili diri
sendiri.
Pada 28 Februari, Rosilah memerintahkan Wan Muhammad Azri membayar
gantirugi sebanyak RM800,000 dan kos RM50,000 kepada Anwar berhubung
penyiaran perkataan fitnah dan meletak imej mengaitkan Anwar dalam video
seks di blog Papa Gomo.
Dalam penghakimannya, Rosilah berkata daripada keterangan yang
dikemukakan, beliau mendapati Wan Muhammad Azri ialah blogger Papa Gomo
dan telah menerbitkan kenyataan memfitnah dalam blognya.
Anwar memfailkan saman terhadap Wan Muhamamad Azri pada 21 Mac tahun
lepas dengan menuntut gantirugi berjumlah RM100 juta kerana mendakwa Wan
Muhammad Azri menyiarkan empat siri perkataan fitnah di laman blog
berkenaan pada 16, 17, 19 dan 20 Mac 2013.- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan