MALAYSIAKINI
Tiga nelayan yang dilaporkan hilang ketika keluar menangkap ikan sejak
11 hari lalu di Perairan Pulau Tenggol ditemui selamat awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Dungun Supt Ahmad Zailani Yaacob berkata mereka yang
ditemui nelayan tempatan kira-kira pukul 10 pagi semalam kemudiannya
ditunda balik dan tiba di jeti Seberang Takir, Kuala Terengganu
kira-kira pukul 4.30 pagi tadi.
"Bot mereka dipercayai mengalami kerosakan enjin sebelum hanyut dibawa
arus sehingga sempadan Vietnam. Kesemua mereka ditemui selamat dan
sihat. Dua daripada mereka telah pulang ke rumah mereka di Dungun,"
katanya kepada Bernama.
Isnin lalu, Che Wan Mohd Radzi Ce Wan De, 48, bersama dua awak-awaknya
Wan Kamarudin Wan Ali, 52, dan Ahmad Che Ngah, 39, dilapor hilang
setelah keluar menangkap ikan.
Gerakan mencari dilancarkan dengan bantuan sebuah bot polis marin dan
dua buat bot Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia serta sebuah pesawat
Cessna Caravan milik Unit Udara Polis Diraja Malaysia.- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan