Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh membidas kenyataan Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli mengenai dakwaan pembabitan pemimpin Umno dalam pembinaan enam kampus cawangan Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Beliau berkata sudah menjadi kebiasaan Rafizi yang juga pengarah strategi PKR mengemukakan dakwaan terhadap pemimpin Umno tanpa asas, lapor Sinar Harian hari ini.
“Selama ini pun Rafizi hanya banyak bercakap tetapi tidak mengemukakan bukti lengkap. Dia tidak buat satu kajian mendalam.
“Saya mahu memberi memberi komen spesifik berkenaan itupun tidak perlu, kerana dia hanya 'banyak tembak', macam 'tauke' dia,” katanya dipetik daripada akhbar itu.
Dalam laporan itu, Idris yang juga ahli parlimen Besut bagaimanapun tidak mengulas lanjut mengenai dakwaan itu.
Dalam laporan itu sama, Rafizi sebelum ini mendakwa Umno tidak membela UiTM sebaliknya membebankan institusi pengajian itu dengan bayaran konsesi untuk mengkayakan pemimpin Umno serta kroninya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan