MALAYSIAKINI
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini diberitahu, pengerusi eksekutif
National Feedlot Corporation Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail akan
memohon agar pendakwaan ke atasnya digugurkan.
Peguamnya Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah berkata Mahkamah Tinggi
akan mendengar permohonan untuk menggugurkan tuduhan tersebut pada 30
September.
Pihak pembelaan juga akan mengutuskan surat kepada Pejabat Peguam Negara
untuk memohon agar pendakwaan tersebut digugurkan, katanya di mahkamah.
Oleh yang demikian, beliau memohon agar perbicaraan itu ditangguhkan
sehingga Mahkamah Tinggi mendengar permohonan untuk menggugurkan tuduhan
tersebut.
Permohonan itu bagaimanapun ditolak oleh hakim perbicaraan Norsyaridah
Awang yang memutuskan bahawa perbicaraan akan diteruskan seperti
dijadualkan sebelum ini, bermula hari ini hingga 26 Jun.
Mohamad Salleh, yang juga suami kepada bekas menteri Datuk Seri
Shahrizat Abdul Jalil, didakwa atas dua tuduhan pecah amanah dan dua
tuduhan mengikut Akta Syarikat 1965.
Bercakap kepada pemberita selepas itu, Shafee berkata beliau tidak
berpuas hati kerana keputusan itu bertentangan dengan prinsip.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan