MALAYSIAKINI
Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali mendakwa, pemimpin DAP
seperti berhasrat untuk memesongkan akidah orang bukan Islam kerana
mempertahankan Bible Bahasa Melayu.
Katanya, pemimpin DAP itu seperti setiausaha agungnya Lim Guan Eng tidak
ikhlas kerana mempertahankan penggunaan naskhah berkenaan dengan alasan
mempertahankan bahasa Melayu.
"Kalau betul mereka mahu bahasa Melayu saya cabar mereka ini tutup sekolah bahasa ibunda, semua masuk sekolah kebangsaan,"
"Takkan (mereka mahu) Bible guna bahasa Melayu, (tapi) sekolah hendak guna bahasa ibunda?," kata beliau.
Katanya, PERKASA tidak bersikap rasis dengan pendirian berhubung kalimah
'Allah' kerana ia bertujuan untuk menjaga keselamatan negara.
"Kita bukan hendak bergaduh dengan orang Kristian. Merdeka 57 tahun tak pernah ada permusuhan.
"Nak guna bahasa apapun di tempat lain, itu hak mereka tapi di Malaysia,
di Semenanjung di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung," kata
beliau.
Ibrahim bersama kira-kira 200 orang yang majoritinya ahli PERKASA
berhimpun untuk menunggu keputusan Mahkamah Persekutuan untuk rayuan
berkenaan kes penggunaan kalimah Allah dalam akhbar mingguan Katolik The
Herald.
Ibrahim nyata gembira dan menerima baik keputusan oleh panel tujuh orang
hakim Mahkamah Persekutuan hari ini yang menolak pendengaran rayuan
Ketua Biskop Gereja Roman Katolik terhadap penggunaan kalimah Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan