MALAYSIAKINI
Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Ikatan Muslimin
Malaysia (ISMA) dan NGO pro-Melayu lain tidak melenting walau Umno
melalui lidah rasminya Utusan Malaysia mengkritik Enakmen Lembaga
Perumahan dan Hartanah Johor 2014.
"Jik Umno dan Utusan buat, tak apa. Jika kita yang buat, mereka akan terus bertindak dan ISMA akan melenting," katanya.
Beliau merujuk kepada kritikan yang disuarakan oleh pemimpin Umno dan
akhbar tersebut ke atas rang undang-undang terbabit, yang pada awalnya
memberi kuasa kuasa pentadbiran kepada Sultan Johor dalam lembaga
perumahan tersebut.
Rang undang-undang tersebut diluluskan di DUN Johor semalam dengan pindaan yang menggugurkan kuasa sultan.
"Apa yang mendiang Karpal Singh kata mengenai sultan (sehingga didakwa
mengikut Akta Hasutan) lebih ringan berbanding apa yang Utusan dan Umno
lakukan," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan