Selasa, 3 September 2013

'Zombi' tumpaskan Tanda Putera


MALAYSIA KINI


 
Dengan segala kontroversi, akhirnya filem kontroversi Tanda Putera ditayangkan.

Bagaimanapun, selepas beberapa hari dimainkan di layar perak, filem arahan Shuhaimi Baba itu akhirnya dikalahkan oleh KL Zombi daripada aspek kutipan tiket.

Dalam senarai box-office antara 29 hingga 1 September, Tanda Putera berada di kedudukan keenam dalam senarai 10 teratas.

Berdasarkan carta itu, rakyat Malaysia nampaknya lebih gemar pada filem komedi seram KL Zombie yang dibintangi pelawak terkenal Zizan.

KL Zombi menduduki tangga kedua selepas filem sains fiksyen Hollywood Elysium.

Tanda Putera turut berada selepas Kick Ass 2, The Mortal Instruments: City of Bones dan Conjuring.

Tiada ulasan: